Artikel

Media Prima Memberikan Nafas Baru Untuk Saluran Beli-Belah WowShop

Media Prima sedia mempunyai sebuah saluran beli-belah di televisyen, dinamakan sebagai CJ Wow Shop. Kini, dengan pengambil-alihan penuh syarikat berkenaan oleh Media Prima, mereka kini melakukan penjenamaan semula menyeluruh terhadap saluran berkenaan.

Kini, dikenali dengan nama Wow atau WowShop sahaja, ia menawarkan konsep yang lebih ceria kepada pengguna.

WOWSHOP

Pada masa yang sama, Media Prima akan mengintegrasikan WowShop pada sejumlah rancangan sedia ada mereka, termasuk seperti Wanita Hari ini, Majalah 3, Nona, Melodi dan sebagainya.

Selain melalui televisyen, MediaPrima turut mengatakan mereka akan menaik-taraf platform edagang untuk menjadi lebih mesra pengguna, serta memfokuskan kepada kemudahan peranti mudah-alih.

WowShop kini dikatakan menawarkan lebih 5000 barangan dibawah platform mereka, selain mengatakan 70% adalah dari jenama tempatan.