Artikel

Media Prima Membeli Baki Pegangan Pada CJ Wow Shop

Media Prima hari ini mengumumkan mereka telah mendapatkan baki saham pada CJ Wow Shop, sekaligus kini menjadikannya sebagai sebuah anak syarikat penuh dimiliki kumpulan media terkemuka berkenaan.

Sebelum ini, Media Prima memiliki pegangan sebanyak 51%, dan syarikat hiburan Korea Selatan, CJ ENM Co Ltd memiliki baki 49%. Kini, Media Prima telah memperoleh baki 49%, sekaligus membolehkan mereka memiliki pegangan sebanyak 100% pada syarikat yang memfokuskan dagangan dan membeli-belah.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan. Tetapi, dengan langkah ini, Media Prima dijangka akan mengembangkan segmen ini dengan lebih meluas lagi.