Pada 21 Oktober lalu, hanya 30% penjawat awam dibenarkan untuk bekerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – namun ternyata arahan itu tidak dilakukan sepenuhnya.
Sekitar lebih 200,000 kakitangan awam kerajaan perlu melaksanakan tugasan mereka dari rumah sahaja.
Tujuan penguatkuasaan itu adalah untuk mengurangkan pergerakan rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur – bagaimanapun pergerakan rakyat negeri terlibat masih lagi kelihatan.
Kenyataan itu, secara tidak langsung akan membantutkan rancangan pengurangan penularan COVID-19.
Mengulas persoalan itu, pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi – Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan tindakan akan diambil kepada penjawat awam yang gagal mengikuti arahan yang ditetapkan.
Perkara ini akan disemak semula dengan Tan Sri Mohd Khairul Adib, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MITI. Tindakan itu sebagai usaha untuk memperingatkan penjawat awam malah berkemungkinan tindakan kompaun dan tatatertib akan dilakukan ke atas pihak yang gagal mematuhi arahan.