Artikel

Hampir 50% Golongan Muda Dibawah 35 Tahun, Tidak Memiliki Sebarang Perancangan Wang Persaraan

Seluruh rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada pengurusan simpanan mereka, khusunya kepada golongan muda.

Berdasarkan tinjauan Literasi Kewangan RinggitPlus, seramai 10,628 responden yang terlibat, ini bermakna sekitar lebih 6,000 responden bersetuju simpanan KWSP tidak mampu bertahan lama.

Ini kerana hampir separuh responden dibawah umur 35 tahun tidak memiliki sebarang perancangan untuk persaraan. Manakala, 68% rakyat Malaysia pula percaya simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dimiliki tidak mampu bertahan lebih 10 tahun.

Manakala, 70% lagi beranggapan simpanan tersebut masih tidak memadai untuk fasa persaraan dan 45% dalam kelompok itu masih tidak memiliki perancangan yang baik berhubung persaraan mereka.

Berhubung isu pengurusan simpanan kewangan ini, ia bukanlah suatu isu baharu – sejak tahun 2019 lagi, lebih 30% tidak mampu mengawal transaksi kewangan mereka.

Malah antara intipati yang turut digariskan pada tinjauan bagi responden dibawah umur 35 tahun adalah:

  • 53% hanya mampu bertahan kurang daripada 3 bulan dengan wang simpanan yang sedia ada
  • 26% hanya mampu bertahan kurang daripada sebulan dengan wang simpanan mereka
  • 29% responden mengatakan baru ketahui kepetingan dana kecemasan
  • Hampir 50% tiadak memiliki sebarang perancangan berhubung persaraan
  • lebih 60% responden tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan skor kredit dan kepentingan semakan

Berdasarkan tinjauan ini, ternyata pendedahan berhubung pengetahuan pengurusan kewangan perlu diperkemaskan lagi oleh sistem pendidikan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia. Terutama situasi pandemik ketika ini, yang menuntut kesedaran rakyat dalam perbelanjaaan.