Artikel

Kajian Dapati Separuh Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan Wang Simpanan

53 peratus rakyat Malaysia akui tidak mampu bertahan lebih dari 3 bulan wang simpanan mereka.

Perkara ini dilaporkan dalam kajian literati kewangan Malaysia RinggitPlus 2019, atau RMFLS 2019 bersama Visa.

RMFLS 2019 telah menerima 8,000 maklum balas daripada rakyat Malaysia berhubung kesedaran dan pengetahuan mereka terhadap status kewangan.

Seterusnya, ini adalah antara hasil kajian utama yang didapati:

  • 31% rakyat Malaysia mengakui tidak mampu mengawal kewangan mereka 
  • 43% membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih 
  • 37% responden memiliki pendapatan kurang daripada RM2,000 dan tidak mampu untuk menabung 
  • 53% hanya mampu bertahan kurang daripada 3 bulan dengan wang simpanan yang sedia ada
  • 20% hanya mampu bertahan kurang daripada sebulan dengan wang simpanan mereka 
  • 89% responden mengatakan simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan 
  • 34% daripada mereka tidak memiliki pelan persaraan 
  • 32% responden mengetahui apa yang dimaksudkan dengan skor kredit dan kepentingan semakan 

Menerusi pengamatan tersebut, misi RMFLS 2019 adalah melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 – bagi menekankan kepentingan celik kewangan buat rakyat dalam negara ini. 

Adanya inisiatif ini, RinggitPlus percaya rakyat Malaysia dapat menjadi lebih baik dengan adanya pemahaman mendalam berhubung pengurusan wang mereka.