Bank Negara Malaysia (BNM) kini masih mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras yang sama iaitu 1.75%.
Penetapan OPR pada kadar yang sama sedikit sebanyak membantu para peminjam dan pihak bank dalam mengukuhkan semula ekonomi negara.
Tindakan ini turut membantu mengukuhkan lagi dasar fiskal negara dikala gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda pertumbuhan tempatan.
Malah usaha ini juga dapat memperkemaskan lagi kaedah pengurusan kewangan rakyat negara. Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini secara tidak langsung menyokong pertumbuhan ekonomi negara ke arah pemulihan.
Peningkatan pengeluaran kilang dan barang eksport antara sektor yang membantu peningkatan aliran negara ketika ini.
Antara tumpuan MPC adalah pada prospek inflasi, serta pertumbuhan dalam negeri. Pelbagai alat dasar ekonomi yang bersesuaian akan diaplikasikan oleh BNM bagi menjamin kelangsungan fasa pemulihan ini.