Artikel

Peningkatan Kes COVID-19, Membantutkan Pertumbuhan Pinjaman Negara

Peningkatan kes COVID-19 mampu mendorong kepada lanjutan moratorium. Secara tidak langsung ia akan memperlahankan pertumbuhan pinjaman negara.

Berdasarkan pemerhatian Kenanga Research, situasi semasa ketika ini mampu merencatkan proses pemulihan negara.

Setakat ini, industri mulai mengekalkan ramalan pertumbuhan pinjaman sekitar 1.0% hingga 2.0% berbanding 3.9% tahun lalu.

Malah, Kenanga turut mengharapkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan taraf Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 1.75%.

Risiko penurunan boleh menyebabkan pertumbuhan pinjaman yang lebih perlahan dan masalah kualiti aset. Selain itu, ia berpotensi menurunkan kadar faedah yang boleh memberi kesan negatif terhadap margin faedah dalam jangka pendek dan perlambatan pertumbuhan akaun simpanan akaun semasa (CASA), yang boleh memberi kesan pada persaingan deposit.

Setakat ini pinjaman perniagaan memaparkan penurunan, sementara itu pinjaman gadai janji dan kereta menunjukkan peningkatan.