Prasarana kini telah mengumumkan mereka akan mengimbangi kekerapan tren Rapid KL mengikut permintaan bermula 26 Oktober ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
LRT, MRT dan Monorel akan terus beroperasi mengikut waktu sama, iaitu dari 6 pagi sehingga tengah malam, tetapi hanya kekerapan yang akan berubah mengikut masa dan pemrintaan.
Pihak operasi akan terus memantau, dan menambah trend dilaluan sekiranya terdapat peningkatan dalam permintaan pada sesuatu masa.
Selain tren, bas Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT turut akan dikurangkan mulai esok.
KEKERAPAN TREN RAPID KL DIIMBANGI IKUT PERMINTAAN
KL, 25 Okt – Rapid Rail akan mengurangkan kekerapan tren LRT, MRT&monorel mulai esok (Isnin, 26 Okt) sehingga berakhir arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yg dikuatkuasakan ke atas negeri Selangor, KL& Putrajaya. pic.twitter.com/iSxuxmiANq— AskRapidKL (@AskRapidKL) October 25, 2020
Sebelum ini, ia telah diperkatakan penumpang pengangkutan awam di ibu kota menurun lebih 30% sejak PKPB dilaksanakan.