Artikel

PKPB : Penumpang Pengangkutan Awam Di Ibu Kota Menurun Lebih 30%

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah mula dilaksanakan sejak daripada 14 Oktober di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Walaupun sektor ekonomi boleh beroperasi seperti biasa, namun ia masih memberikan sedikit impak kepada perniagaan.

Terbaru, Prasarana yang menguruskan perkhiidmatan seperti LRT, MRT, monorel dan bas memngatakan PKPB membuatkan jumlah penumpang harian berkurangan lebih 30% berbanding kebiasaan di Lembah Klang.

Sebelum PKPB, jumlah penumpang harian mencapai 800,000 sehari, kini menurun kepada 500,000. Sementara untuk bas, ia menurun kepada sekitar 200,000 penumpang sehari.

Hal ini disebabkan pelbagai faktor, termasuk disebabkan oleh pelbagai syarikat yang menerapkan kaedah kerja dari rumah untuk mengurangkan pergerakan.