Artikel

Sekiranya Malaysia Airlines Dibubarkan, Firefly Mungkin Pilihan Khazanah – Laporan

Khazanah Nasional Bhd kini melihat syarikat penerbangan Firefly mampu menjadi pilihan utama sebagai syarikat penerbangan kebangsaan sekiranya Malaysia Airlines ditutup.

Alternatif tersebut memperlihatkan Firefly memiliki potensi dalam menjadi syarikat penerbangan kebangsaan.

Ini kerana menerusi perluasan operasi Firefly, pilihan cadangan itu dijangka dapat memenuhi perhubungan perjalanan udara antara negara luar.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini terdapat laporan mengatakan sekiranya proses penstrukturan semula Malaysia Airlines gagal dilakukan, kemungkinan ia akan membawa pembubaran kepada jenama tersebut.

Menurut Datuk Shahril Ridza Ridzuan, sekiranya Khazanah terus membiayai Malaysia Airlines, pihaknya perlu membuang pegangannya dalam aset strategik lain atau meningkatkan hutang – bagi menampung pembiayaan tersebut.

Setakat ini Khazanah dan Malaysia Aviation Group (MAG) akan membincangkan kaedah lanjutan dalam mengetahui status rundingan lanjut berhubung proses tersebut.