Artikel

Sekiranya Fasa Penstrukturan Semula Gagal, Malaysia Airlines Mungkin Dibubar – Laporan

Seperti yang umum ketahui Malaysia Airlines Bhd kini merancang melakukan penstrukturan semula dikala pandemik kesihatan sedang menyerang dunia.

Perancangan tersebut telah dimaklumkan sejak awal bulan ini, namun berdasarkan laporan Reuters – terdapat sebahagian kumpulan syarikat pajakan telah menolak rancangan penstrukturan semula yang telah dikemukakan oleh Malaysia Airlines.

Namun sebahagian lagi kekal bersetuju akan proses penstrukturan semula itu.

Kenyataan itu sekaligus memberikan gambaran yang kurang pasti berhubung masa hadapan kumpulan tersebut.

Malah kenyataan tersebut telah dilaporkan daripada surat sebuah firma undang-undang London.

Sekiranya benar kenyataan terbabit, ia akan memberi kesan yang mendalam kepada fasa penstrukturan semula Malaysia Airlines, dan sekaligus berkemungkinan membawa kepada pembubaran syarikat tersebut.

Setakat ini, Malaysia Airlines sekadar melakukan pemotongan gaji pada bahagian pengurusan, juruterbang. Malah pihaknya turut menawarkan cuti tanpa perolehan gaji kepada kakitangan sejak Mac lalu.

Sementara itu, berkenaan laporan ini – Malaysia Airlines mahupun badan firma guaman masih lagi tidak memberi sebarang maklumbalas berhubung kesahihan situasi yang diperkatakan.