Artikel

PKPB Di WPKL Dan Selangor : Aktiviti Perniagaan Dibenarkan Beroperasi Antara 6 Pagi Sehingga 10 Malam

Kerajaan telah pun mengumumkan semalam yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan bermula 14 Oktober ini di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Selari dengannya, hari ini pihak berkuasa turut telah mengeluarkan garis panduan untuk perlaksanaan PKPB di kawasan tersebut.


Salah satunya adalah berkenaan dengan aktiviti perniagaan. Semua sektor dibenarkan untuk beroperasi, tetapi, aktiviti perniagaan hanya dibenarkan untuk beroperasi antara 6 pagi sehingga 10 malam sahaja.

Stesen minyak juga turut dibenarkan untuk beroperasi antara 6 pagi sehingga 10 malam, dengan pengecualian untuk stesen minyak di lebuhraya.