Artikel

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Selangor, KL Dan Putrajaya Berkuatkuasa Pada 14 Oktober Ini

Terkini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal dikuatkuasakan pada 14 Oktober ini, jam 12.01 tengah malam.

Perkara ini telah dimakumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Dato’ Seri Ismail Sabri sebentar tadi pada persidangan sebentar tadi.

Ini adalah senarai aktiviti yang akan dilarang:

  • Pergerakan keluar masuk merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah memerlukan pas kerja ataupun surat kebenaran daripada majikan masing-masing
  • Hanya 2 individu sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan
  • Semua institusi pendidikan mahupun kemahiran perlu ditutup – Tadika, Tahfiz, Taska, Sekolah, Pusat Rekreasi serta Taman Awam.
  • Rumah ibadat serta Masjid juga perlu ditutup
  • Malah aktiviti kesukanan, sosial, majlis perkahwinan tidak dibenarkan

Meskipun PKPB dilaksanakan, operasi perniagaan masih berjalan seperti biasa. Tempoh PKPB ini dijangka akan berakhir pada 27 Oktober kelak.

Senarai garis panduan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak MKN.