Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menyelar kenyataan berhubung pembiayaan kepada syarikat penerbangan AirAsia.
Ini kerana, berdasarkan laporan hari ini telah dimaklumkan AirAsia kini memperolehi pinjaman berjumlah RM1 bilion daripada Danajamin.
Lebih menarik, turut dilaporkan pinjaman pembiayaan itu dijamin sebanyak 80% oleh MOF.
Susulan itu, MOF menjelaskan tiada sebarang jaminan pinjaman yang telah dipersetujui oleh pihak kementerian. Perkara itu ditegaskan tidak benar sama sekali.
Kenyataan Media Berkenaan Pembiayaan atau Jaminan Kerajaan Untuk Syarikat Penerbangan. pic.twitter.com/CR6JbN81Ws
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 13, 2020