Artikel

Maybank Dijangka Menggantikan Aplikasi Maybank2U dengan MAE

Maybank pada minggu ini telah memperkenalkan aplikasi MAE, yang mana merupakan sebuah aplikasi yang mengintegrasikan sokongan dompet digital dan juga pengurusan kewangan.

Selari dengan pelancarannya, kini Maybank dipetik mengatakan aplikasi MAE ini kelak akan menggantikan aplikasi Maybank2U sedia ada pada masa akan datang.

Namun, tiada sebarang tarikh diberikan untuk urusan peralihan ini.

MAE dilihat lebih mengalakkan simpanan, memudahkan pengguna memantau perbelanjaan, dan pada masa yang sama menggunakannya dalam memohon kad fizikal dan membuat pembayaran. MAE boleh digunakan bukan sahaja oleh pelanggan Maybank, tetapi juga mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank.