Artikel

Aplikasi MAE by Maybank2u Kini Diperkenalkan – Bantu Rakyat Malaysia Fahami Perbelanjaan Mereka

Maybank kini telah melancarkan aplikasi MAE, sebuah aplikasi pengurusan hal kewangan harian kepada pengguna.

Sekiranya anda antara pengguna Maybank, sudah pasti anda ketahui ciri MAE yang telah tersedia pada aplikasi perbankan tersebut. Kini menerusi penampilan aplikasinya yang tersendiri – MAE telah tampil dengan persepektfi baharu dalam mengukuhkan komitmen mereka pada perbankan digital.

Menurut Datuk Abdul Farid Alias, MAE by Maybank2u ini bukan sekadar aplikasi perbankan sahaja – ia adalah platform yang membantu pelanggan secara menyeluruh berhubung isu pengurusan kewangan.

Pelbagai ciri baharu telah diperkenalkan menerusi aplikasi, antaranya adalah “Expenses” yang akan menumpukan kepada perbelanjaan pelanggan secara menyeluruh. Manakala, ciri “Tabung” pula membantu pelanggan Maybank untuk menetapkan kaedah simpanan wang secara konsisten bagi mencapai matlamat mereka.

Menerusi kemudahan itu, secara langsung dapat memudahkan para pelanggan untuk menyesuaikan sendiri kadar simpanan yang ingin dilakukan. Ia menjadi lebih mudah dan teratur untuk pengguna bank.

Selain itu, MAE by Maybank2u juga mempunyai ciri baharu Roda Makan Mana yang membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan peniaga rakannya di seluruh negara.

Lebih menarik, bukan itu sahaja, dibawah penggunaan ini – Maybank telah memperkenalkan kad debit MAE Visa baharu.

Kad ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara.

Pelanggan boleh membuat permohonan kad debit melalui aplikasi MAE dengan mudah dan kad akan dihantar terus kepada mereka selepas mendapat kelulusan.

Sebarang maklumat lanjut, para pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini pada App Store dan Google Play.