Anwar Ibrahim kini memaklumkan pihaknya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada selasa minggu hadapan.
Pertemuan tersebut akan memperlihatkan kemuka bukti sokongan majoriti yang diperkatakan oleh Anwar sebelum ini. Tindakan ini sekaligus memberikan spekulasi bahawa pemilihan pentadbiran negara akan dilakukan semula.
Berdasarkan kenyataan sebelum ini, Anwar Ibrahim menegaskan dengan angka sokongan majoriti ini, kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun jatuh.
Pada sidang media ketika itu, beliau turut mengatakan pakatan kerajaan baharu ini akan memastikan pewakilan mereka mewakili semua rakyat negara – majoriti Melayu-Bumiputra dan semua kaum di negara ini.
Menurut pemerhati, tindakan kebangkitan ini didorong oleh ahli politik yang tidak mengikuti garis panduan berhubung penjarakan fizikal ketika PRN Sabah dilaksanakan.