Artikel

Permintaan Pasaran BTS Terganggu Disebabkan Isu Khidmat Ketenteraan

Susulan peningkatan pada tawaran awam permulaan (IPO) BTS baru-baru ini, permintaan tersebut dilihat sedikit terganggu disebabkan isu khidmat kententeraan wajib yang perlu diikuti oleh ahli kumpulan terbabit.

Untuk pengetahuan pembaca, bagi kesemua rakyat lelaki Korea Selatan yang berkemampuan fizikal diwajibkan melalui perkhidmatan ketenteraan selama 20 bulan, bermula usia 18 tahun.

Isu ini dilihat mampu menjejaskan kiraan permintaan bagi pembelian stok pasaran mereka. Bagaimanapun melihat pada usaha kumpulan BTS, berkemungkinan parlimen Korea Selatan mampu memberi pengecualian pembabitan ahli kumpulan tersebut pada khidmat ketenteraan wajib.

Tindakan itu boleh didorong hasil usaha BTS dalam memasuki pasaran ekonomi dan mencapai kedudukan pertama pada carta single US Billboard Hot 100 dengan lagu Dynamite. Usaha itu dilihat telah berjaya mempromosikan imej Korea Selatan pada global.

Ini kerana kejayaan mereka dilihat telah memberi kesan yang baik pada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Menurut Big Hit Entertainment, label pengurusan BTS – berhubung isu IPO, semalam dilaporkan terdapat pelabur melakukan pelaburan individu sebanyak 89.6 kali. Julah pelaburan tersebut dikatakan mencecah sehingga RM30.64 bilion (8.6 trilion won).

Berdasarkan peningkatan itu, pemerhati pelaburan meramalkan kenaikan kecairan pasaran ini mampu mencapai tawaran mencecah 100 trilion won.

Meskipun permintaan pasaran sangat kukuh namun ia dilihat terganggu disebabkan beberapa jangkaan.