Label pengurusan kumpulan Kpop terkemuka, BTS kini telah mula melakukan perancangan tawaran awam permulaan (IPO) dengan nilai RM482.14 (135,000 won) per saham.
Ternyata, tindakan Big Hit Entertainment itu telah mengejutkan pasaran dagangan Korea Selatan dan menjadikan ia sebagai penyenaraian IPO terpanas ketika ini.
Di mana, para pelabur telah menzahirkan minat untuk membeli sebahagian tawaran saham tersebut. Malah apa yang lebih menarik peminat BTS ataupun dikenali sebagai ‘Army’ turut menyatakan minat mereka untuk membeli saham tersebut.
Menurut laporan CNBC, rata-rata peminat tegar BTS tidak mengetahui nilai sebenar pemilikan saham IPO tersebut namun pihak mereka nekad ingin membeli penawaran shaam tersebut untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan Kpop itu.
Bahkan, turut difahamkan ada diantara army yang sanggup menawarkan sehingga angka puluhan ribu demi mendapatkan pembelian saham IPO BTS dan ada juga yang telah membuat pinjaman bank sehingga ratusan ribu. Sekurang-kurangnya mereka ingin memperolehi satu saham pada tawaran terbabit.
Untuk makluman, Big Hit sebelum ini telah melaporkan keuntungan bagi separuh tahun pertama 2020 dengan kutipan RM177.47 juta (49.7 bilion won). Jumlah itu merangkumi jualan barangan produk mereka menerusi aplikasi Weverse, tindakan jualan itu dilihat berjaya mengimbangi semula kos kerugian pembatalan konsert mereka disebabkan COVID-19.
Berdasarkan laporan berhubung IPO, penganalisis mengatakan hampir 98% pelabur menyatakan keinginan mereka untuk membayar pada harga yang lebih tinggi atau paling tinggi.
Ternyata kumpulan BTS ini bukan sekadar rancak mengegarkan era hiburan dunia sahaja, namun kini mereka mula merancakkan pasaran kewangan antarabangsa.