Artikel

PRK Batu Sapi Bakal Diadakan Dalam Tempoh 60 Hari Dari Sekarang

Berdasarkan kenyataan Parlimen Malaysia pada hari ini (6 Oktober),  Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah memaklumkan penetapan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

Tindakan ini selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia hendaklah mengisis kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah.

Seperti yang umum ketahui, Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong, Ahli Parlimen Batu Sapi telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020 disebabkan jangkitan paru-paru.