Artikel

Mantan Menteri Undang-Undang Malaysia, Datuk Liew Viu Keong Meninggal Dunia

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Malaysia dan Ahli Parlimen Batu Sapi – Datuk Liew Viu Keong hari ini telah disahkan meninggal dunia.

Sebelum ini, pada 30 September Datuk Liew difahamkan sedang kritikal disebabkan jangkitan paru-paru.

Beliau telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta negara, Hospital Gleanagles.

Meskipun ketika itu beliau berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri, pihak perubatan kekal optimis akan pemulihannya.

Bagaimanapun, laporan pemergiannya pada jam 11.50 pagi tadi telah diterima. Setakat ini, punca kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru.