Seperti yang umum ketahui, pada 1 Oktober lalu pihak kerajaan negeri Sabah telah mengumumkan pelaksanaan Kawalan Pergerakan Seluruh Sabah bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober ini.
Kenyataan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah ini ia hanya membenarkan operasi premis perniagaan yang berkepentingan sahaja dibenarkan berlangsung. Seperti perkhidmatan dan barangan keperluan.
Kerajaan turut mengurangkan kapasiti 50% penumpang bagi kenderaan bas dan hanya dua individu sahaja dibenarkan pada kenderaan kereta. Manakala, Pasaraya, Pasar Malam dan Pasar Tani yang tidak terlibat dengan sebarang perkhidmatan berpentingan juga perlu ditutup.
Selain itu, kesemua tempat seperti Taman Awam, Pusat Rekreasi, indoor, outdoor, taman permainan, Perpustakaan Awam, sekolah, taska, pusat jagaan, tadika juga perlu ditutup.
Malah para penduduk Sabah juga tidak dibenarkan untuk makan di restoran dan gerai makanan. Hanya pembungkusan makanan sahaja dibenarkan.