Kini, seluruh daerah di negeri Sabah akan berada dibawah Kawalan Rentas Daerah bermula 3 Oktober ini.
Seperti yang umum ketahui sejak 24 Julai sehingga 30 September lalu seramai 38,321 individu telah tiba ke tanah air telah ditempatkan di 66 buah hotel dan 11 premis lain bagi menjalani proses Kuarantin Wajib.
Oleh itu, kerajaan kini memutuskan untuk melaksanakan larangan rentas daerah ke atas seluruh negeri Sabah bagi mengawal angka penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, bagi perkhidmatan berkepentingan seperti perubatan, bekalan makana, keselamatan akan diberi kelonggaran melakukan perjalanan rentas daerah.
Penguatkuasaan itu akan berlangsung sehingga 16 Oktober ini.