Artikel

Peluang Pekerjaan Negara Semakin Rendah – Sekitar 116,161 Graduan Dijangka Terjejas

Ternyata 75,000 bakal graduan pada tahun ini perlu menerima hakikat bahawa peluang pekerjaan untuk mereka semakin menipis.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kenyataan ini dilakukan berasaskan situasi pandemik ketika ini yang semakin meruncing. Jangkaan ini merangkumi setelah para graduan menamatkan pengajian mereka dalam tempoh enam bulan.

Untuk pengetahuan pembaca, berdasarkan data KPT – anggaran seramai 41,161 graduan 2019 yang masih belum bekerja telah dicatatkan. Ini bermakna, tambahan anggaran bagi graduan tahun ini menjadikan angka anggaran keseluruhan graduan negara yang terkesan adalah sebanyak 116,161 individu.

Seperti yang umum ketahui, kadar pengangguran negara kini berada pada paras 4.9% iaitu lebih 700,000 penganggur dicatatkan sejak krisis kesihatan global melanda Malaysia.

Oleh itu, antara inisiatif KPT dapat berikan adalah dengan menyalurkan bantuan dana pembelajaran ke peringkat yang lebih kepada para graduan.

Tindakann itu sekaligus dapat meningkatkan kemahiran  kebolehpasaran para graduan untuk industri kelak.