Artikel

Kadar Pengangguran Bagi bulan Jun Catat Penurunan – 0.4%

Kadar pengangguran bagi bulan Jun kini menurun 0.4%.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) catatan terbaru adalah 4.9% berbanding angka bulan Mei iaitu 5.3%.

Ini bermakna sebanyak 52,900 individu telah berkurang, menjadikan angka terkini kadar pengangguran adalah seramai 773,200 individu.

Pengurangan kadar ini sekaligus memberi cerminan bahawa penggunaan tenaga buruh Malaysia berada pada fasa pemulihan berikutan pembukaan sektor ekonomi.

Meskipun angka tersebut semakin menurun namun negara masih lagi tidak mencapai penggunaan tenaga buruh yang disasarkan. Berkemungkinan ia berkaitrapat dengan kedudukan sektor ekonomi pada ketika ini yang masih tidak seimbang.

Setakat ini, DoSM meramalkan situasi pertumbuhan ekonomi negara akan lebih seimbang menjelang separuh tahun kedua 2020.