Artikel

Penyelarasan Cukai, Peraturan Hotel Dan Airbnb Akan Diumumkan Akhir Tahun Ini

Sebelum ini Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah menyatakan penyelarasan peraturan dan cukai terhadap sektor perkhidmatan seperti perhotelan dan Airbnb akan dilakukan.

Kini perancangan itu bakal dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Menurut Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tindakan penyelarasan tersebut akan mengambilkira beberapa faktor seperti klasifikasi status kedua-dua pihak.

Perbincangan ini memerlukan persetujuan kaedah terbaik bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Ini kerana inisiatif penyelarasan tersebut mampu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Setakat ini, pernelitian masih di peringkat perbincangan dan tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kelak.