Artikel

DBKL : Kedai Serbaneka Dan Restoran Perlu Ditutup Pada Tengah Malam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mengumumkan pelbagai perniagaan termasuk kedai serbaneka dan restoran masih perlu ditutup pada tengah malam ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengumuman DBKL ini hadir daripada lanjutan pengumuman kerajaan beberapa hari yang lepas, membenarkan waktu operasi untuk beberapa sektor termasuk restoran dan kedai serbaneka boleh dilanjutkan sehingga 2 pagi.

DBKL mengatakan langkah ini untuk memudahkan piawaian penutupan perniagaan di pusat bandaraya, dan pada masa yang sama memudahkan DBKL memantau pelbagai fasiliti dengan mudah.

Pada masa yang sama, DBKL turut meminta pelbagai pemilik premis untuk kekal mengikuti SOP yan gtelah ditetapkan, dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di lokasi awam.