Artikel

Waktu Operasi Restoran Dan Kedai Serbaneka Dilanjutkan Sehingga 2 Pagi

Kerajaan kini telah mengumumkan yang mana waktu perniagaan untuk beberapa sektor seperti restoran dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga 2 pagi.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pelbagai restoran yang beroperasi selama 24 jam sebelum PKP, kini boleh beroperasi sehingga jam 2 pagi. Perkara sama juga untuk kedai serbaneka seperti 7-eleven dan sebagainya.

Sebelum ini, waktu operasi perniagaan dihadkan ketika dibawah Perintah Kawalan Pergerakan. Dengan sektor ekonomi makin pulih, selain kawalan terhadap penularan yang lebih baik – sedikit demi sedikit sektor kini semakin pulih kepada operasi seperti sedia kala secara berperingkat.