Semalam terdapat isu yang berbangkit berikutan pengenaan caj perkhidmatan 0.02% ke atas setiap pembelian secara dalam atas talian.
Namun Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataanrasmi bahawa pihaknya masih tidak melakukan sebarang perbincangan berhubung pengenaan caj tersebut.
Sebelum ini Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, telah menyatakan caj tersebut akan dikenakan kepada pengguna e-dagang.
Sebagai contoh – sekiranya para pengguna melakukan pembelian sekitar RM1,000 – caj perkhidmatan bagi setiap pembelian tersebut akan dikenakan serendah RM0.20 sen.
Tindakan cadangan ini adalah untuk mempelbagaikan perolehan sumber kerajaan, malah kutipan tersebut akan digunakan untuk membaikpulih sitem keselamatan bahagian komunikasi. Ini kerana perbelanjaan besar bagi penambahbaikan sistem negara diperlukan.
Bagaimanapun, ternyata caj tersebut masih lagi tiada dalam perancangan untuk masa terdekat ini.