Kini kerajaan telah mengusulkan caj 0.02% ke atas mana-mana pembelian pada platform e-dagang seperti Shopee mahupun Lazada.
Menurut Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, sebagai contoh – sekiranya para pengguna melakukan pembelian sekitar RM1,000 – caj perkhidmatan bagi setiap pembelian tersebut akan dikenakan serendah RM0.20 sen.
Tindakan cadangan ini adalah untuk mempelbagaikan perolehan sumber kerajaan, malah kutipan tersebut akan digunakan untuk membaikpulih sitem keselamatan bahagian komunikasi. Ini kerana perbelanjaan besar bagi penambahbaikan sistem negara diperlukan.
Berikutan pengenaan cukai dilihat lebih rumit, maka caj ini diperkenalkan – supaya memudahkan orang ramai untuk memahami aliran pengenaannya.
Di samping itu, tindakan tersebut dikatakan tidak akan memberi bebanan kepada rakyat negara.
Bagaimanapun, perancangan tersebut masih di peringkat awal sebelum dibentangkan kelak pada Parlimen.