Artikel

OPR Mungkin Dikekalkan Pada Paras Sama, 1.75% – StanChart

Bank Negara Malaysia (BNM) kemungkinan akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras yang sama, iaitu 1.75%

Menurut Standard Chartered Bank (StanChart) jangkaan ini hanya akan diketahui pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang dijadualkan berlangsung 10 September.

Sebelum ini, BNM telah menurunkan sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%. Berikutan itu, kadar tertinggi dan terendah OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00% dan 1.50%.

Tindakan ini susulan krisis COVID-19 yang menyebabkan aktiviti ekonomi negara menguncup dan tekanan inflasi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2020 ini.

Setakat ini  masih menanti dan menilai untuk sebarang keperluan perubahan paras OPR itu.

Berdasarkan catatan StanChart, buat masa ini BNM tidak akan menurunkan kadar ke paras yang lebih rendah.

Ini kerana kedudukan ekonomi yang masih tidak menentu dan penularan pandemik masih lagi tidak dapat dijangka, memerlukan pemerhatian yang lebih lama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk makluman, mesyuarat September ini akan menjadi pertemuan kedua terakhir MPC bagi 2020 sebelum mengadakan pertemuan terakhir pada 3 November kelak.