Perdana Menteri telah pun mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020 kelak.
Selari dengannya, ia telah menjadi norma baharu untuk mematuhi beberapa peraturan, termasuk memakai pelitup muka.
Pelitup muka telah menjadi salah satu kebiasaan dan keutamaan bagi orang ramai apabila berada di luar. Ini sekaligus membuatkan permintaan untuknya meningkat drastik, dan selari dengannya, Perdana Menteri mengatakan kerajaan sedang dalam perbincangan untuk menurunkan harga pelitup muka.
Pada hari ini, harga siling pelitup muka adalah RM1 setiap satu, dan ia dijangka akan dikurangkan lagi selepas ini.