Artikel

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Perdana Menteri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan telah dilaksanakan sejak bulan Jun 2020 lepas, dalam usaha memulihkan ekonomi secara berperingkat, disamping pada masa yang sama memastikan rakyat mematuhi pelbagai SOP yang telah disediakan untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

PM sendiri mengesahkan yang mana ekonomi negara kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif, selain mana jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara terkawal. Beliau turut mengatakan sekiranya terdapat peningkatan disesuatu kawasan, PKPD akan dilaksanakan pada kawasan berkenaan.

Rakyat terus diminta mematuhi pelbagai peraturan yang telah diterapkan, dan mmenekankan mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal.

Dengan lanjutan ini, pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi, pelancong asing masih tidak dibenarkan masuk ke negara ini, selain acara sukan boleh diteruskan tetapi tanpa melibatkan peserta antarabangsa dan penonton.