Hari ini, kita mengetahui Jeff Bezos sebagai individu terkaya di dunia dengan memiliki nilai kekayaan melebihi $200 bilion, namun tahukah anda pada tarikh ini pernah berlakunya pengeboman di Tugu Negara oleh pihak pemberontak komunis.
Peristiwa ini berlaku pada 27 Ogos 1975, ketika itu pemberontakan komunis telah menyebabkan kedudukan negara diisytihar darurat.
Kejadian itu menyaksikan tiga buah bom telah ditanam oleh empat orang pengganas yang disyaki merupakan anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF), bom tersebut ditanam pada bahagian monumen Tugu Negara sehingga menyebabkan letupan dan kerosakan pada bahagian kepala monumen tembaga tersebut.
Tindakan itu secara tidak langsung telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, ini kerana pembangunan tugu tersebut telah dibina bagi memperingati jasa lebih 11,000 para pejuang negara kita.
Bagaimanapun, hanya sebuah bom sahaja meletup manakala dua lagi bom yang ditanam telah berjaya dimatikan oleh pihak pelupusan bom.
Setelah peristiwa ini, pembinaan semula Tugu Negara telah dilakukan. Sekitar RM2.5 juta diperuntukan pada pembinaan itu, dan separuh dana tersebut adalah sumbangan dari orang ramai menerusi pengumpulan dana.
Melalui kepakaran yang diketuai Christopher Carney, pensyarah Institut Teknologi Mara (ITM) ketika itu – ia telah berjaya mendirikan semula monumen bersejarah tersebut.