Jeff Bezos, CEO disebalik laman edagang popular, Amazon kini dilihat mempunyai nilai kekayaan melangkaui $200 bilion, sekaligus menjadiakn beliau manusia pertama dengan nilai kekayaan melangkaui $200 bilion.
Jikalau dibandingkan dengan Bill Gates yang menduduki tangga kedua manusia terkaya, mereka memperlihatkan perbezaan kekayaan sebanyak $78 bilion.
Kekayaan Jeff Bezos meningkat naik selari dengan perkembangan saham syarikat Amazon. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, lebih ramai mula bergantung kepada arena edagang, dan hal ini sekaligus menguntungkan pihak Amazon.
Sebelum ini, Jeff Bezos menjadi manusia paling terkaya didunia pada tahun 2017 yang lepas.