Tidak lama lagi, Wirecard akan memberhentikan lebih dari separuh kakitangannya.
Tindakan ini kerana pihak gagal dan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan.
Setakat ini Wirecard Jerman memiliki seramai 1,300 kakitangan dan dijangka 730 individu akan diberhentikan. Isu skandal yang berlaku bukan sahaja menjejaskan Jerman, namun turut meliputi cawangan wirecard yang lain.
Kejatuhan Wirecard pada ketika ini adalah berpunca dari kehilangan sejumlah AS$2.2 bilion dari akaun syarikat mereka. Susulan itu menjadikan syarikat tersebut muflis dan kini terpaksa melakukan pemberhentian pekerja.
Malah, bulan lalu Deutsche Boerse, pengendali bursa saham Jerman turut mengumumkan pihaknya mengeluarkan Wirecard dari senarai indeks DAX 30 – iaitu senarai pasaran saham 30 syarikat terbesar Jerman.