Artikel

Wirecard Akan Dikeluarkan Dari Pasaran Saham Jerman, DAX 30

Deutsche Boerse, pengendali bursa saham Jerman kini mengumumkan pihaknya akan mengeluarkan Wirecard dari senarai indeks DAX 30.

Untuk makluman, DAX adalah indeks pasaran saham yang terdiri daripada 30 syarikat utama Jerman yang berdagang di Bursa Saham Frankfurt.

Tindakan pengeluaran itu adalah berikutan syarikat tersebut telah muflis dan mengakui AS$2.2 bilion hilang dari akaun syarikat mereka.

Malah, Wirecard juga menjadi syarikat pertama senarai indeks DAX 30 yang menfailkan prosiding ketakmampuan bayar (insolvency) di Jerman. Sebelum ini juga, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula kedudukan operasi premis tersebut di Malaysia.

Setakat ini, Delivery Hero sebuah syarikat penghantaran makanan di Berlin akan diberi peluang mengambil tempat Wirecard di DAX 30.