Agensi penarafan Malaysia, RAM Ratings kini menjangkakan kadar pengangguran negara adalah sekitar 4% hingga 4.5% untuk tahun ini.
Ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini pada 18 Mac, telah menyekat pelbagai operasi premis perniagaan.
Secara tidak langsung penularan wabak COVID-19 ini telah melemahkan pasaran buruh negara.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi berbanding negeri lain.
Setakat ini, kadar pengganguran negara telah mencapai sekitar lebih 700,000 individu. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) kadar pengangguran terbaru adalah 4.9% berbanding angka bulan Mei iaitu 5.3%. Penurunan 0.4% telah dipaparkan.