Mulai hari ini, rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura dibuka.
Perjalanan tersebut membabitkan RGL – untuk tujuan rasmi dan peniagaan, manakala PCA pula membenarkan rakyat untuk perolehi pas imigresen dalam jangka panjang.
Bagi fasa pertama, RGL seramai 400 individu dibenarkan melakukan perjalanan untuk seminggu. Kategori PCA pula membenarkan penglibatan 2,000 individu sehari.
Setakat ini, dua kategori tersebut sedang dilaksanakan. Bagi pembukaan seterusnya- kedua buah kerajaan akan memperkasakan kategori ketiga dan keempat.
Di mana, kelak kategori ketiga akan memperlihatkan perjalanan rentas sempadan seramai 200,000 pekerja Malaysia untuk berulang-alik dalam masa sehari.
Untuk kategori keempat pula negara akan memperlihatkan pembukaan sempadan sepenuhnya dilakukan.