Artikel

Kerajaan Diminta Jujur Tentang Kedudukan Ekonomi Negara

Kenyataan Tengku Zafrul berhubung kedudukan ekonomi negara semakin pulih kini dikritik Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Ini kerana kenyataan Tengku Zafrul sering diperhatikan bercanggah dengan realiti sebenar – apabila KDNK negara mencatatkan kemerosotan sehingga 17.1%.

Catatan itu sekaligus menunjukkan kedudukan ekonomi negara jauh lebih teruk berbanding Indonesia, Vietnam, Singapura dan Filipina. 

MTUC menyifatkan kenyataan Tengku Zafrul itu tidak selaras dengan data yang diperolehi. Malah beliau seolah-olah menafikan status sebenar ekonomi negara kepada rakyat. 

Pelbagai persoalan mula timbul, sekiranya benar ekonomi negara semakin pulih, mengapa kadar pengangguran negara masih lagi diparas melebihi 700,000 penggangur.

Selain itu, J.Solomon – Setiausaha MTUC juga turut berpendapat tindakan berani kerajaan dalam memberi jaminan bahawa ekonomi negara akan pulih pada tahun 2021 dengan pertumbuhan 5.5% hingga 8%, adalah tidak tepat.

Ia kerana sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya unjuran Persekutuan Majikan Malaysia menganggarkan sekitar 2 juta pekerja tempatan bakal menganggur pada 2021.