Prestasi ekonomi Malaysia bagi suku tahun kedua 2020 kini mencatatkan penyusutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 17.1%.
Untuk makluman rekod catatan ini adalah terendah sejak suku tahun keempat pada 1998 iaitu 11.2%.
Berdasarkan laporan DoSM – anggaran KDNK bulana menunjukkan kemerosotan yang ketara berlaku kepada semua sektor adalah ketika April 2020, di mana ia menyebabkan jumlah penyusutan dicatatkan sebanyak 28.6%. Catatan ini disebabkan penutupan operasi dan krisis COVID-19.
Setakat ini, hanya sektor pertanian sahaja tidak menunjukan penyusutan pada pengeluaran. Manakala sektor lain memaparkan pertumbuhan negatif – perkhidmatan (16.2%), pembuatan (18.3%), pembinaan (44.5%), perlombongan dan pengkuarian (20%).
Manakala, catatan bagi bahagian eksport pula jatuh 21.7%, sementara import pula menguncup sekitar 19.7%.
Bagaimanapun, prestasi eksport Malaysia telah mempamerkan tanda pemulihan dengan mencatatkan pertumbuhan positif sekitar 8.8% kepada RM82.9 bilion. Ini kerana perolehan lebihan dagangan sebanyak RM20.9 bilion. Ia adalah nilai yang terbesar pernah dicatatkan.
Selaku sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, ia jelas menerima kesan khususnya daripada sektor luar iaitu prestasi ekonomi global. Susulan krisis COVID-19 ia telah melemahkan permintaan ekonomi negara. Ini secaraterus memberi kesan kepada pasaran dan pengeluaran negara.