Artikel

Majikan Dibenarkan Mengambil Pekerja Asing – Kementerian Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia kini membenarkan majikan mengambil pekerja asing sekiranya mereka tidak memperolehi sambutan daripada pekerja tempatan.

Sebelum ini, pihak kabinet telah bersetuju untuk mengehadkan penglibatan pekerja asing dalam tiga sektor sahaja iaitu pembinaan, perladangan dan pertanian.

Namun kini tidak lagi, kelonggaran pengambilaan pekerja asing telah diberikan bagi memastikan operasi premis dapat diteruskan seperti biasa.

Ini kerana rata-rata majikan mulai berpendapat masih terdapat keperluan pekerja asing untuk operasi perniagaan mereka.

Bagaimanapun, KSM tetap menggesa para majikan untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sehingga Julai 2020, seramai 67,068 pekerja tempatan dan 4,753 pekerja asing telah diberhentikan pekerjaan.