Artikel

Kementerian Hadkan Penglibatan Pekerja Asing Untuk 3 Sektor Sahaja

Kabinet kini telah bersetuju menetapkan hanya tiga sektor sahaja dibenarkan menggunakan tenaga kerja asing selepas ini.

Tiga sektor tersebut merangkumi pertanian, pembinaan dan perladangan. Tindakan ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam membantu pengurangan tenaga kerja asing.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Solahuddin Hashim garis panduan ini sekaligus dapat membuka peluang penawaran pekerjaan sektor lain kepada warga tempatan.

Untuk makluman, sejak tahun lalu sekitar 2.1 juta pekerja asing telah dicatakan memiliki pas kemasukan kerja sementara pada negara. Bagaimanapun, anggaran keseluruhan pekerja asing temasuklah tanpa permit adalah sekitar 6.7 juta. Itu adalah data bagi tahun lalu.

Bilangan tersebut dilihat secara tidak langsung menidakkan peluang rakyat negara pada peluang pekerjaan.

Adanya inisiatif ini turut dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran negara yang dicatatkan sekitar 800,00 lebih individu.