Walt Disney kini telah menamatkan sebuah jenama studio filem terbesar di dunia, 20th Century Fox.
Tindakan ini berikutan penjenamaan semula studio tersebut kepada 20th Television.
Seperti yang umum ketahui 20th Century Fox sebelum ini dicipta pada tahun 1935 ketika Twentieth Century Pictures dan Fox Films mulai bergabung.
Bagaimanapun setelah 85 tahun, studio itu mula melalui penjenamaan semula pada 20 Januari tahun ini sebagai 20th Century Studios.
Ini kerana ketika itu, Disney telah membeli sebahagian besar aset media Rupert Murdoch Fox dengan nilai perjanjian sekitar RM299 bilion (AS$71.3 bilion).
Peralihan aset media itu secara tidak langsung turut mengubah operasi televisyen dibawahnya.
Untuk makluman, 20th Century Fox pernah menghasilkan beberapa filem terbesar sepanjang mereka beroperasi, seperti Avatar dan Titanic.