Artikel

Tiada Lagi ‘Fox’ Pada Nama Studio Filem Terbesar Dunia

Studio filem terbesar dunia – 20th Century Fox – akan menggugurkan perkataan ‘Fox’ dari namanya, sebagai usaha untuk menjauhkan diri dari pengasas Fox News – Rupert Murdoch.

Murdoch adalah jutawan konservatif yang mempunyai dua kewarganegaraan – Amerika Syarikat dan Australia – dan merupakan antara penyokong tegar Presiden AS Donald Trump. 

Sepanjang tempoh pentadbiran Trump, Fox News telah mengambil langkah untuk menyebarkan idea-idea konservatif seperti agenda perkauman, percukaian rendah untuk perniagaan, dan pembubaran sistem kesihatan percuma untuk semua rakyat.

Disebabkan ini, 20th Century Fox telah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri mereka dari Fox News, Rupert Murdoch, dan jenama ‘Fox’ itu sendiri.

Sebelum ini, Fox Searchlight Studio, sebuah anak syarikat milik 20th Century, telahpun menjenamakan diri mereka menjadi Searchlight Studio (menggugurkan perkataan ‘Fox’).

Tindakan Searchlight ini telah memberi semangat kepada ibu syarikat kumpulan itu untuk teruskan usaha mereka untuk menggugurkan nama ‘Fox’ dari kesemua jenama milik perniagaan itu.