Ekonomi negara kini dijangka kian pulih pada tahun 2021.
Tengku Zafrul, Menteri Kewangan mengatakan pihaknya kekal positif akan aliran pemulihan pertumbuhan ekonomi negara ketika ini.
Kenyataannya diperkukuhkan lagi dengan ramalan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa KDNK negara akan terus meningkat antara 6%-8%.
Bagaimanapun, ramalan itu masih bergantung kepada cara rakyat Malaysia menangani krisis global ini.
Sekiranya negara mampu mempertahankan kedudukan pertumbuhan, maka ekonomi bagi suku ketiga dijangka akan lebih baik.
Setakat ini, kadar pengangguran negara sejak Jun 2020 telah menunjukkan penurunan sekitar 0.4%. Ini mencerminkan penggunaan tenaga buruh Malaysia semakin meningkat setelah pembukaan sektor ekonomi sejak Mei lalu.