Artikel

Konflik TikTok Dorong Kejatuhan Saham Tencent

5Saham Tencent kini menjunam sekitar lebih 4% setelah Presiden Trump mengumumkan sekatan ke atas aplikasi WeChat dan TikTok selama 45 hari, bermula 20 September 2020 ini.

Kejatuhan ini bukan sekadar memberi kesan kepada Tencent dan ByteDance namun ia turut merangkumi syarikat teknologi China yang lain.

Di mana, saham Semiconductor Manufacturing International Corporation turut merosost 8.24%, manakala saham telefon pintar – Xiaomi pula menjunam sekitar 3.77%. Sementara itu, saham firma telekomunikasi ZTE juga merosot pada 3.65% dan Alibaba pula merosot sehingga 3.77%.

Kejatuhan saham ini secara tidak langsung memaparkan ketegangan antara AS dan China bukan sekadar meliputi bahagian teknologi sahaja namun turut mengganggu pertumbuhan pasaran dagangan ekonomi antarabangsa.

Setakat ini, fasa rundingan pengambilalihan jenama TikTok masih lagi berterusan. Keputusan peralihan Microsoft itu hanya akan diketahui pada 15 September kelak.