Artikel

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Hari Ini

Berhubung isu moratorium – sebelum ini, pihak kerajaan telah bersepakat untuk melanjutkan tempoh moratorium kepada kumpulan bersasar sahaja.

Susulan itu, para peminjam yang terlibat diingatkan untuk segera menyelesaikan urusan permohonan lanjutan tersebut bermula hari ini (7 Ogos).

Ini kerana menurut Kementerian Kewangan – kaedah lanjutan tersebut tidak akan dilakukan secara automatik, disebabkan itu sekiranya permohonan lambat dilakukan ia akan mengundang kesesakan pada premis bank.

Peringatan ini bukan sekadar mempercepatkan urusan permohonan namun turut menegaskan amalan penjarakan fizikal perlu dipatuhi.

Menerusi pelaksanaan ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada 3 juta individu dan warga PKS.