Artikel

Sekitar 3 Juta Individu, PKS Perolehi Manfaat Lanjutan Moratorium

Berhubung isu moratorium, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (29 Julai) mengumumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada rakyat Malaysia.

Untuk makluman tawaran ini akan memberi tumpuan kepada sebahagian kumpulan individu sahaja.

Pertama adalah kepada individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih lagi tidak perolehi pekerjaan baharu akan menikmati tangguhan selama 3 bulan lanjutan moratorium. Bagaimanapun, tempoh tersebut tertakluk kepada bank yang terlibat.

Tumpuan kedua adalah kepada individu yang mengalami potogan gaji ataupun terjejas, akan menikmati bayaran ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji tersebut. Sekurang-kurangnya lanjutan moratorium 6 bulan akan diperolehi.

Pembayaran ansuran ini meliputi pinjaman seperti pinjaman peribadi atau perumahan.

Manakala bagi pelaksanaan bantuan bank bersasar pula ia merangkumi bayaran faedah, lanjutan tempoh pinjaman serta pelepasan pinjaman sehingga kewangan lebih stabil.

Untuk makluman, mulai 7 Ogos ini para pengguna yang memenuhi kriteria diatas boleh melakukan permohonan ke atas lanjutan moratorium tersebut pada bank yang terlibat.

Pada sidang yang sama juga PM Muhyiddin turut mengatakan pelaksanaan ini akan memberi manfaat kepada 3 juta individu dan warga PKS.