Artikel

Suhaimi Sulaiman Sahkan Beliau Beri Surat Letak Jawatan

Suhaimi Sulaiman kini telah meletakan jawatan selaku Pengerusi Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa serta-merta.

Untuk makluman, sebelum ini pada 8 April lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengumumkan Suhaimi Sulaiman kini dilantik sebagai Pengerusi Bernama baharu, menggantikan Datuk Seri Azman Ujang.

Namun kedudukan tersebut sekadar bertahan selama lima bulan sahaja.

Setakat ini surat peletakan jawatan tersebut telahpun dihantar pada bahagian Lembaga Pengelola Bernama dan juga SKMM. Bagaimanapun, keputusan peletakan itu masih lagi bergantung kepada persetujuan pihak lembaga.

Selain jawatan ini, Suhaimi juga pernah meyandang tugasan selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.